Friday, July 25, 2008

Takrifan Sukan

Sukan ialah salah satu aktiviti riadah. Sebahagian besar kegiatan lapang, surat khabar, dan televisyen diberikan kepada sukan. sukan dapat juga menjadi sumber pendapatan.
Pendekatan pragmatik dalam mendefinisikan sukan ialah dengan melihat kegunaan umum istilah tersebut.

Sukan fizikal menggunakan sifat sifat seperti kekuatan, stamina, kelajuan, dan beberapa kemahiran lain manakala sukan-sukan lain contohnya iaitu
sukan akal menggunakan kemahiran berfikir seperti pemikiran strategik dalam catur. Walaubagaimanapun, rencana ini akan menumpukan perhatian kepada aspek fizikal sesuatu sukan.
Perbezaan antara sukan, permainan, dan latihan. Aktiviti itu dikira sukan jika melibatkan peserta yang berkemahiran.
Permainan pula tidak mempunyai tujuan yang jelas tetapi boleh berubah kepada sukan. Latihan pula ialah aktiviti yang bertujuan membina kemahiran dan kemampuan seseorang dalam aktiviti sukan.

No comments: